Memberikan perkhidmatan dari segi membuatpendaftaran urusan urusniaga (melepaskan gadaian, pindahmilik, gadaian, tenansi, ismen), bukan urusniaga (kaveat, perintah larangan, tukar nama, perletakhakkan mahkamah) serta urusan catatan (Borang D, Borang K, nota-nota, hakmilik hilang/rosak, Borang 6A dan Borang 8A) dengan cekap dan berkesan.
- Mendaftar urusniaga (melepaskan gadaian, pindahmilik, gadaian, tenansi, ismen) dan bukan urusniaga (kaveat, perintah larangan, tukar nama, perletakhakkan mahkamah).
- Memberikan nasihat berkaitan Undang-Undang Tanah serta pekeliling dalam urusan kerja harian.
- Mewakili jabatan dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan urusan urusniaga dan bukan urusniaga serta bertindak sebagai saksi dalam kes-kes tersebut.
- Memberi layanan terbaik kepada setiap pelanggan melalui perkhidmatan kaunter pejabat.