Menyediakan peraturan dan dasar pengurusan tanah kepada semua Pejabat-Pejabat Tanah dan Agensi Kerajaan negeri Sembilan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan pengurusan tanah supaya lebih efisyen dan efektif selaras dengan perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa.
- Menyedia, menyelaras dan memantau kertas kerja bagi rayuan pengurusan cukai/pengecualian denda lewat cukai, tunggakan cukai dan cukai yang dikenakan untuk dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
- Menyelaras permohonan remisyen cukai tanah bagi sekolah bantuan modal untuk kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri.
3. Menyedia dan menyelaras kertas kerja bagi tujuan perlantikan pegawai-pegawai baru mengikut seksyen 12(1)(b) Kanun Tanah Negara (KTN) untuk pertimbangan MMKN.
4. Membantu dan meyelaras dalam pengumpulan maklumat untuk laporan bagi urusan permohonan yang kuasa melulus/menolak telah diwakilkan kepada Pejabat Tanah Daerah atau pejabat Tanah dan Galian.