- Menyediakan, menyemak dan meyelaras segala urusan yang berkaitan dengan pelupusan tanah, pembangunan tanah, pengambilan tanah, dan urusan pindah milik tanah.
- Merancang dan meyelenggara pembangunan Rancangan Tanah Pinggir (RTP).
- Menyemak dan meyediakan kertas kerja bagi permohonan pelupusan tanah untuk pertimbangan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) secara lengkap, teratur dan mematuhi undang-undang yang ada.
2. Menyemakdan meyedia kertas risalat/kertas kerja bagi permohonan pembangunan tanah yang telah melalui dan mendapatkan perakuan pusat setempat (One Stop Centre) untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri / Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan secara lengkap, teratur serta mematuhi undang-undang yang berkaitan.
3. Menyelaras mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah (APT 1960), menyemak dan menyediakan kertas kerja bagi permohonan pengambilan tanah untuk pertimbangan dan kelulusan PBN/Y.A.B Menteri Besar (melalui perwakilan kuasa) secara lengkap dan teratur serta mematuhi undang-undang yang ada.
4. Menyemak dan menyediakan kertas kerja bagi permohonan pindah milik tanah/pindah milik tanah ladang (selain daripada yang tersenarai dalam senarai perwakilan kuasa WKNS 314, 17.8.2006) untuk pertimbangan PBN secara lengkap dan teratur serta mematuhi undang-undang yang berkaitan.