Picture1

Menyediakan peraturan dan dasar pengurusan tanah kepada semua Pejabat-Pejabat Tanah dan Agensi Kerajaan negeri Sembilan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan pengurusan tanah supaya lebih efisyen dan efektif selaras dengan perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa.

 

Picture3

  1. Menyedia, menyelaras dan memantau kertas kerja bagi rayuan pengurusan cukai/pengecualian denda lewat cukai, tunggakan cukai dan cukai yang dikenakan untuk dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 
  2. Menyelaras permohonan remisyen cukai tanah bagi sekolah bantuan modal untuk kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri.
    3. Menyedia dan menyelaras kertas kerja bagi tujuan perlantikan pegawai-pegawai baru mengikut seksyen 12(1)(b) Kanun Tanah Negara (KTN) untuk pertimbangan MMKN.
    4. Membantu dan meyelaras dalam pengumpulan maklumat untuk laporan bagi urusan permohonan yang kuasa melulus/menolak telah diwakilkan kepada Pejabat Tanah Daerah atau pejabat Tanah dan Galian.