PERUTUSAN PENGARAH

 

 

 

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman web Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan,

Laman web yang dibangunkan ini  adalah untuk kemudahan penyampaian maklumat kepada semua pelanggan yang berurusan dengan Pentadbiran Tanah di Negeri Sembilan khususnya dengan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS).

Selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang dengan pantas, PTG NS tidak terkecuali untuk memastikan segala maklumat terkini dapat disampaikan dengan tepat dan pantas kepada semua pelanggan yang berurusan melalui kemudahan laman web PTGNS.  Laman web PTGNS telah mengalami beberapa perubahan  sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004. Beberapa perkhidmatan online seperti bayaran cukai tanah, kemudahan semakan status perserahan, aduan dan maklumbalas  telah disediakan dalam usaha PTGNS memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua.  Ini termasuklah dengan kemudahan muat turun borang serta informasi-informasi penting yang dipaparkan agar dapat memberi maklumat dan panduan yang berguna kepada para pengunjung laman web PTGNS.

Saya berharap agar laman web PTGNS ini sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dari aspek paparan informasi yang berkualiti, kemudahan perkhidmatan atas talian yang memanfaatkan pelanggan dan dapat menjawap maklumbalas yang dikemukakan oleh pelanggan dengan berkesan.  Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan daripada semua pelayar laman web PTGNS untuk memperbaiki lagi perkhidmatan di pentadbiran PTGNS.

Selamat melayarai laman web PTGNS.

Sekian