Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan adalah satu bahagian dari agensi Kerajaan Negeri Sembilan yang berfungsi sebagai ko-ordinator bagi pengurusan pembangunan tanah dengan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT). Ianya adalah dibawah pentadbiran kerajaan negeri bagi urusan tanah negeri yang bertanggungjawab terhadap Pentadbir-pentadbirtanah disetiap daerah di dalam Negeri Sembilan.

Organisasi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan diketuai oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan. Beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pengurusan) dan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran).

Terdapat sembilan(9) Unit di dalam Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan bagi memantapkan perjalanan operasinya iaitu:

  • Unit Khidmat Pengurusan
  • Unit Teknologi Maklumat
  • Unit Audit Pengurusan
  • Unit Perundangan
  • Unit Pembangunan
  • Unit Penguatkuasaan & Teknikal
  • Unit Pendaftaran Hakmilik
  • Unit Hakmilik & Strata